KUALA LUMPUR: Seorang lagi individu ditahan bagi membantu siasatan kejadian membaling bom petrol sehingga menyebabkan kebakaran di sebuah pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng pada 9 Mei lalu. Penahanan itu menjadikan lima individu ditahan setakat ini bagi membantu siasatan berhubung perkara itu. Ketua Polis Kuala Lumpur, Komisioner Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, suspek kelima yang ditahan merupakan lelaki tempatan berusia 28 tahun. “Tangkapan itu telah dilakukan semalam, kita telah…










