Balai polis diserang: Kakak sifatkan Ahmad Azza Fahmi anak yang baik - Utusan Malaysia

Balai polis diserang: Kakak sifatkan Ahmad Azza Fahmi anak yang baik

TANGKAP layar insta story milik kakak Ahmad Azza Fahmi berhubung kejadian yang menimpa adiknya, awal pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kakak kepada Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar memaklumkan Allahyarham merupakan seorang anak yang baik buat kedua ibu bapa mereka.

Menerusi akaun Instagram i.shamimie, kakaknya yang juga merupakan seorang ibu turut memohon agar ahli keluarga mereka ditabahkan hati menerima dugaan tersebut.

“Amiiii kau buat kami sedih. Kenapa pergi Ami?. Alfatihah, terima kasih kerana menjadi anak yang baik.

“Kuatkan kami sekeluarga hadapi ujian ini ya Allah. Mohon sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah adik saya,” tulisnya dalam hantaran media sosial miliknya, hari ini.

Ahmad Azza beserta seorang lagi anggota, Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said maut dibunuh seorang lelaki yang dipercayai merupakan ahli kumpulan Jemaah Islamiyah (JI) dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, di sini awal pagi tadi.

Cubaan Utusan Malaysia untuk mendapatkan maklum balas ahli keluarga kepada mangsa bagaimanapun masih belum berhasil.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×