JOHOR BAHRU: Atlet kayak negara, Siti Nurul Masyitah Md. Elias, 22, mengalami cedera parah dipercayai dilanggar seorang pemandu mabuk di Lebuhraya Penyuraian Timur (EDL). Kejadian yang menimpa penuntut Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), di sini itu dilaporkan berlaku semasa mangsa menunggang motosikal menuju ke Southkey, di sini Sabtu lalu. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan kejadian tersebut. Dalam pada itu, Persatuan Pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal PIS…










