Alpaca jinak jadi tarikan baharu di Gopeng

Alpaca jinak jadi tarikan baharu di Gopeng

PENGUNJUNG, Nurul Alia Abdul Karim, 20, memberi makanan kepada alpaca di Taman Zahara, Gopeng, Kampar. – UTUSAN/MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAMPAR: Sememangnya semua sedia maklum daerah ini terletak di jajaran Geopark Lembah Kinta yang terkenal dengan gua, batuan kapur dan aliran sungai deras sesuai untuk aktiviti berakit meredah jeram.

Namun, bermula pada 1 Mei lalu, terdapat tarikan terbaharu khususnya kepada penggemar haiwan iaitu Taman Zahara di Jalan Besar, Kampung Tersusun Jelintoh, Gopeng di sini yang merupakan lokasi untuk pengunjung bermain dengan haiwan-haiwan jinak.

Pastinya alpaca iaitu haiwan menyerupai biri-biri tetapi memiliki leher yang jinjang menjadikan taman ini berbeza berbanding yang lain khususnya di negeri ini.

Menurut pemiliknya, Thanabalan Sengodan, 40, keunikan haiwan jinak itu ialah harga RM18,000 seekor yang diimport dari Sydney, Australia.

“Harganya ialah RM18,000 bagi seekor dan sekiranya dibeli secara pasangan ialah RM30,000 termasuk kos pengangkutan.

“Biasanya, haiwan ini dibeli untuk haiwan peliharaan eksotik dan kebanyakannya tidak dibela untuk dimakan dagingnya kerana harganya yang mahal,” katanya di sini semalam.

Jika harga lembu dewasa boleh mencecah RM7,000 seekor, harga alpaca lebih mahal lagi dan sayang untuk dimakan dagingnya.

Taman Zahara menempatkan 12 ekor alpaca iaitu tujuh betina dan lima jantan dikawasan seluas 1.7 hektar itu.

Haiwan ini habitat asalnya ialah Peru atau Bolivia namun kini ramai penternak yang membelanya di Australia.

Katanya lagi, alpaca tergolong dalam keluarga unta seperti llama begitu jinak dan mudah ‘mesra’ dan tidak takut mendekati pengunjung.

Thanabalan memberitahu, alpaca memerlukan kandang terlindung dan mempunyai sistem pendinginan yang baik untuk berasa selesa dan tenteram.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×