KUALA LUMPUR : Hasil semakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke atas laman sosial Instagram Muhammad Imran Suresh mendapati akaun itu adalah palsu. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, individu berkenaan dilihat cuba mengganggu dan mencetuskan persepsi negatif berhubung kejadian simbah melibatkan asid tonggak skuad Harimau Malaya, Faisal Halim. Shuhaily mengingatkan, PDRM tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pengendali atau pemilik pemilik…










