SEREMBAN: Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) menasihatkan orang ramai untuk berwaspada dengan tawaran dan jualan pakej-pakej pelancongan terutama di media sosial yang disifatkan sebagai semakin berleluasa. Presidennya, Nigel Wong berkata, pihaknya kini kerap menerima aduan berkaitan penipuan jualan pakej pelancongan itu dengan kebanyakan mangsa tertarik dengan dengan tawaran yang diterima mereka di aplikasi WhatsApp dan Telegram. “Aduan yang kami terima memang tinggi, dalam dunia internet sekarang, sesiapa sahaja…










