Warga ATM terima RM700,000 sumbangan, bantuan kebajikan

Warga ATM terima RM700,000 sumbangan, bantuan kebajikan

Adik Mohamad Tahamim Sidek merupakan antara penerima biasiswa di bawah tajaan Yayasan LTAT-IIUM Ummatic Scholarship.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan mengagihkan lebih RM700,000 bantuan kebajikan untuk anggotanya dalam satu majlis sumbangan yang diadakan di Dewan Seroja Kem Kementah, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, penyampaian sumbangan pada majlis tersebut melibatkan 40 orang penerima.

Penerima sumbangan terdiri daripada golongan asnaf, ibu tunggal, dan Orang Kurang Upaya (OKU).

Katanya, mereka antara yang terpilih daripada kalangan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), ahli Kelab Kakitangan Awam Kementerian Pertahanan (KAKEP), ahli Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA), dan Veteran ATM.

Mohamed Khaled Nordin menyantuni anak warga ATM dalam sesi penyampaian sumbangan Program Bantuan Kebajikan Anak Warga ATM Kurang Upaya.

“Dalam senarai penerima juga, tiga adalah anak-anak veteran ATM yang telah berjaya menerima biasiswa Yayasan LTAT – IIUM Ummatic, sumbangan RM50
secara ‘one-off’ kepada 9,355 anak-anak ATM Tahun 1 sesi persekolahan Tahun 2024 dengan nilai sebanyak RM467,750.00.

 

“Sumbangan RM300,000 pula dalam bentuk bantuan kebajikan untuk anak-anak ATM yang kurang upaya seperti Autisme, Dysparaxia, masalah pembelajaran, Autisme, Mild Autism dan Down Syndrom,” katanya.

 

Thaqif Elman Nazmeen merupakan antara penerima manfaat Program Simpanan Pendidikan Madani dengan kerjasama PTPTN.

Turut hadir ialah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Datuk Seri Mohammad Ab. Rahman, Panglima-panglima Perkhidmatan, Pegawai-pegawai Kanan serta warga Kementerian Pertahanan dan ATM. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN