Jemaah mengandung kurangkan aktif

Jemaah mengandung kurangkan aktif

JEMAAH wanita yang didapati mengandung ketika mengerjakan haji disaran mengurangkan aktiviti fizikal.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADINAH: Jemaah wanita yang didapati mengandung ketika mengerjakan haji disaran mengurangkan aktiviti fizikal.

Pengarah Operasi Madinah (Perubatan) Dr. Mahyin Kudong berkata, jemaah wanita juga tidak boleh terlalu bergerak aktif walaupun kandungan tersebut di peringkat pra kehamilan dan trimester pertama.

DR. MAHYIN KUDONG

Katanya, ia bagi mengelakkan kandungan gugur ketika melaksanakan ibadah tersebut.

“Kita nasihatkan sekiranya ada jemaah wanita yang baru tahu mereka mengandung ketika mengerjakan haji, kurangkan aktiviti fizikal.

” Ini untuk mengelakkan kandungan gugur. Walau apa pun semuanya berserah kepada Allah SWT,” katanya ketika ditemui pemberita di Ibu pejabat Tabung Haji di Madinah, Roha Al-Madinah.

Dalam pada itu, Dr. Mahyin berkata, pasukan perubatan di Madinah kini bersedia untuk beroperasi sepenuhnya.

“Jumlah kekuatan untuk perubatan di Madinah, kita mempunyai 53 orang terdiri daripada doktor pakar, jururawat, fisioterapi dan pembantu perubatan dengan dibantu petugas Tabung Haji.

“Jadi perkhidmatan disediakan di pusat rawatan Madinah ada peralatan asas seperti rawatan kecemasan, X-ray, ujian makmal dan perkhidmatan sokongan seperti fisioterapi serta pakar dietetik,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN