Wanita ditahan jual barang tiruan berjenama secara dalam talian - Utusan Malaysia

Wanita ditahan jual barang tiruan berjenama secara dalam talian

BARANG tiruan berjenama yang dirampas KPDN Temerloh bernilai RM1,000 di sebuah rumah di Taman Keladan Baiduri di Temerloh, Pahang. - IHSAN KPDN TEMERLOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Kementerian Perdagangan Dalam Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Temerloh menahan seorang wanita tempatan berusia 31 tahun kerana disyaki menjual barang tiruan berjenama secara dalam talian di sebuah rumah di Taman Keladan Baiduri di sini.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDN Cawangan Temerloh, Abdul Razak Yahaya berkata, barangan tiruan dijual wanita terbabit disita untuk siasatan lanjut di bawah Akta Cap Dagangan 2019.

“Dalam serbuan dijalankan, premis yang merupakan sebuah rumah kediaman dijadikan pusat jualan dan stor bagi penyimpanan produk yang merupakan salah satu cap dagangan terkenal di pasaran.

“Maklumat awal diperolehi mendapati modus operandi digunakan ialah peniaga menjual produk tiruan berjenama terpakai yang diperolehi dari penjual di media sosial.

“Kemudiannya dijual kembali secara dalam talian dengan harga sekitar RM70 bergantung kepada keadaan saiz dan bentuk produk. Nilai rampasan dianggarkan RM1,000,” katanya di sini hari ini.

Abdul Razak berkata, KPDN memberi amaran kepada mana-mana individu atau peniaga supaya tidak melakukan aktiviti yang menyalahi undang-undang seumpama itu dan melanggar Akta Cap Dagangan 2019.

“Hukuman dikenakan adalah berat iaitu bagi individu boleh didenda sehingga RM10,000 bagi setiap unit barangan atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Bagi syarikat pula, boleh didenda sehingga RM15,000 bagi setiap unit barangan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN