Tok Pa terima anugerah daripada kerajaan Jepun

Tok Pa terima anugerah daripada kerajaan Jepun

Mustafa Mohamed atau popular dipanggil Tok Pa terima anugerah daripada kerajaan Jepun
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mustapa Mohamed atau Tok Pa dianugerah Grand Cordon of the Order of the Rising Sun daripada kerajaan Jepun atas sumbangan beliau dalam hubungan Jepun-Malaysia.

Kedutaan Jepun di Malaysia dalam kenyataan memaklumkan, bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) dan juga bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri diberikan penghormatan tersebut sempena Spring Imperial Conferment 2024.

“Sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, beliau memperkukuh perdagangan dan hubungan ekonomi Jepun-Malaysia dengan menggalakkan penyertaan Malaysia ke dalam CPTPP (Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik) dan mengembangkan Dasar Pandang Ke Timur,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut Mustapa juga mengukuhkan hubungan bidang tenaga antara kedua-dua negara dengan penyediaan bekalan gas asli cecair (LNG) yang stabil kepada Jepun dan mengumumkan sokongan Malaysia kepada Komuniti Pelepasan Karbon Sifar Asia.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN