JOHOR BAHRU: Sindiket pelaburan palsu menawarkan gaji sebanyak RM2,500 sebulan kepada ahli yang berperanan sebagai ejen panggilan, manakala penyelia dibayar sehingga RM7,000. Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, perkara itu terbongkar selepas pihaknya berjaya menahan 19 suspek yang terdiri daripada lapan lelaki dan tujuh wanita tempatan serta empat lelaki warga asing berusia antara 16 hingga 38 tahun dalam tiga serbuan berasingan di sekitar bandar raya ini, Khamis lalu. “Siasatan…










