KOTA BHARU: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengakui masalah kekurangan tanah dan bekalan air menjadi cabaran utama kepada bidang pertanian negara yang perlu diselesaikan secara holistik.
Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) KPKM Datuk Badrul Hisham Mohd. berkata, langkah segera perlu diambil bagi memperkasakan lagi
pengeluaran makanan sekali gus mencukupkan bekalan kepada rakyat.
“Justeru, kita (KPKM) telah mengadakan program Inovasi Nasional Keterjaminan Agromakanan Rakyat (PINTAR) dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada), kerajaan negeri serta petani.
“Kerjasama antara persekutuan dan negeri perlu berteraskan semangat federelisme tanpa menjadikan perbezaan politik sebagai satu halangan,” katanya semasa sidang media di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kada di Ibu Pejabat Kada di sini, hari ini.
Badrul Hisham memberitahu, berkait dengan sistem pengairan KPKM telah melakukan pelbagai inisiatif termasuk mengadakan fasiliti dan infrastruktur untuk memastikan bekalan dapat disalurkan dengan baik.
Katanya, sudah kerajaan sudah mengeluarkan belanja yang besar bagi menyelesaikan masalah tersebut.-UTUSAN











