Sungai Golok: JDKM dedah satu pangkalan haram disetiap satu kilometer

Sungai Golok: JDKM dedah satu pangkalan haram disetiap satu kilometer

SAZALI Mohamad (kiri) meraikan tetamu yang hadir ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri JKDM Kelantan, Kota Bharu, kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JDKM) mendedahkan wujud satu pangkalan haram di setiap satu kilometer (km) di sepanjang Sungai Golok yang menjadi pemisah sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam Bahagian Penguatkuasaan dan Pematuhan Datuk Sazali Mohamad berkata, pihaknya melihat perkara tersebut sebagai satu perkara yang membimbangkan.

“Binaan pangkalan haram itu tidak semestinya baik, namun boleh digunakan untuk tujuan penyeludupan.

“Dalam mengatasi perkara ini, saya lihat perlu ada kerjasama kukuh antara agensi penguatkuasaan dalam mengekang aktiviti penyeludupan di sepanjang sempadan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri JKDM Kelantan di sini hari ini.

Sazali memberitahu, JKDM sentiasa memperketatkan kawalan menerusi rondaan berkala yang dilakukan oleh angensi berkenaan setiap hari.

Katanya, berpandukan kepada data ketika ini ada 140 pangkalan haram disepanjang 106 Km Sungai Golok bermula dari Pengkalan Kubor, Tumpat sehingga ke Jeli.

Dalam perkembangan lain, Sazali berkata, aktiviti penyeludupan di  Sungai Golok sepanjang musim kemarau ketika ini menunjukan peningkatan.

Katanya, situasi itu dapat dilihat apabila 272 kes penyeludupan berjaya dipatahkan bermula Januari sehingga semalam.

“Kita akui ada penyeludup mengambil kesempatan melakukan aktiviti tersebut apabila air Sungai Golok yang kering akibat kemarau,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×