Sejadah itu mulia kenapa letak dengan alas kaki, siasatan diteruskan - Exco - Utusan Malaysia

Sejadah itu mulia kenapa letak dengan alas kaki, siasatan diteruskan – Exco

MOHD. FARED Mohd. Khalid (dua dari kiri) menyampaikan keputusan Peperiksaan Sijil Darjah Enam Agama (SDEA) kepada seorang pelajar di Sekolah Agama Kota Tinggi, Jalan Idris, Taman Sri Lalang, Kota Tinggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Siasatan terhadap laporan alas kaki tertera gambar Kaabah yang didakwa sejadah mini akan diteruskan meskipun pihak pasar raya berkenaan telah mengeluarkan kenyataan menjelaskan perkara itu.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd. Fared Mohd. Khalid menyifatkan syarikat tersebut  sangat tidak prihatin terhadap susunan tanda nama barang jualan apabila sejadah mini itu ditempatkan sekali dengan alas kaki.

“Saya ucap terima kasih atas kenyataan itu tetapi saya hanya boleh mendengar, tetapi tindakan lanjut saya akan minta diteruskan siasatan, soal ada kes ataupun tak ada kes itu bukan bidang kuasa kita.

“Pihak polis juga telah pun memulakan siasatannya ketika hari kejadian tersebut viral. Rampasan juga telah dibuat, kalau tahu sejadah itu mulia kenapa diletakkan sekali. Saya ada gambar dan maklumatnya namun kenyataan yang mereka keluarkan itu saya boleh dengar sahaja, sebagai agensi penguatkuasaan dan agensi agama di negeri Johor saya akan bersifat bertanggungjawab kepada agama saya terlebih dahulu sebelum saya menimbangkan keterangan itu. 

“Keduanya, saya minta diperbetulkan kedudukan yang dakwa sebagai sejadah mini itu. Saya tidak pernah nampak sejadah yang gambar Kaabah nya hujung-hujung ataupun separuh sahaja walaupun sejadah mestilah memperlihatkan rupa bentuk sejadah itu, kalau ada gambar Kaabah letak di tengah-tengah, kalau tidak reti nak mereka bentuk jangan cuba untuk mereka dan tanyalah Jabatan Agama Islam Negeri Johor sebelum menjual ataupun bertanyalah kepada agensi kerajaan berkaitan agama,” katanya selepas menghadiri Majlis Pengisytiharan Keputusan Peperiksaan Sijil Darjah Enam Agama (SDEA) di Sekolah Agama Kota Tinggi, di sini hari ini.

Mohd. Fared yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Semerah berkata, sensitiviti agama tidak hanya boleh dijelaskan dengan keterangan semata-mata di atas sekeping kertas kerana melibatkan kemuliaan agama dan perasaan semua umat Islam.

Beliau difahamkan sejadah tersebut juga dikeluarkan syarikat Bumiputera tempatan dan itu sangat memalukan sebagai orang tempatan yang tidak tahu rupa sejadah yang sebenar.

“Kita sangat berduka cita atas  perkara ini selepas satu-satu   Jadi, adakah ia disengajakan ataupun tidak, saya tak boleh membuat sembarang keputusan tetapi sebagai Exco agama kita akan memberikan penjelasan dan penerangan serta didikan kepada semua pihak. Kita akan memanggil mereka dan membuat sesi libat urus  secepat mungkin supaya tidak lagi berlaku perkara seperti ini.

Terdahulu, AEON BiG (M) Sdn. Bhd., dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya menyedari perkongsian dalam media sosial tentang sejadah mini yang dilabel secara tidak tepat sebagai alas alas.

Sebelum ini, JAINJ dilaporkan merampas 11 alas kaki bergambar Kaabah yang dijual di sebuah pasar raya di negeri ini sehari sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN