PETALING JAYA: Jumlah kematian direkodkan dalam Op Selamat sempena musim perayaan saban tahun adalah petunjuk jelas Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) perlu disegerakan. Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd. Effendy Abdul Ghani berkata, skim itu adalah sebagai langkah proaktif untuk melindungi hak pekerja terutama yang melibatkan kemalangan jalan raya di luar waktu bekerja. Menurutnya, perlindungan secara menyeluruh dan komprehensif di luar waktu bekerja perlu diperkenal seiring dengan hasrat…










