Rumah Terbuka Aidilfitri Premier Sarawak `diserbu' pelbagai kaum

Rumah Terbuka Aidilfitri Premier Sarawak `diserbu’ pelbagai kaum

Sekitar Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Premier Sarawak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
PETALING JAYA: Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri, Premier Sarawak menerima kujungan orang ramai  pelbagai kaum melebihi 5,000 pada sebelah pagi di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini hari ini.
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang mengambil kesempatan beramah mesra dengan tetamu.
Turut memeriahkan majlis rumah terbuka itu ialah Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki serta barisan Menteri-Menteri Kabinet Negeri yang lain.
Pengunjung yang terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa dan agama mula beratur panjang seawal pukul 9 pagi bagi memeriahkan rumah terbuka tersebut.
Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Premier Sarawak ini menjadi tumpuan bagi memperkukuhkan ikatan kekeluargaan dan keharmonian di kalangan rakyat Sarawak. – UTUSAN
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN