KOTA BHARU: Polis berjaya memberkas dua lelaki yang disyaki membantu kegiatan ah long di sekitar daerah ini menerusi dua serbuan berasingan pada Isnin. Kedua-dua suspek yang masing-masing berusia 39 dan 28 tahun itu ditahan oleh pasukan risik dan operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan menerusi Op Vulture. Ketua Polis negeri Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, dalam serbuan pertama pada pukul 10 pagi anggota bertugas telah menahan suspek berusia 39 tahun hadapan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hwa, Jalan Kelocor di sini. Menurutnya, lelaki tersebut…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya