Perubahan operasi BRT laluan Sunway sempena acara larian ‘Under Armour Dual’ - Utusan Malaysia

Perubahan operasi BRT laluan Sunway sempena acara larian ‘Under Armour Dual’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perkhidmatan Transit Aliran Bas (BRT) Laluan Sunway kendalian Rapid Bus Sdn. Bhd mengalami perubahan operasi pada Sabtu ini bermula pukul 6.00 petang hingga tamat waktu operasi.

Perubahan ini adalah untuk memberi laluan kepada kerja-kerja persediaan penganjuran acara larian ‘Under Armour Dual’ di sepanjang trek BRT Laluan Sunway yang akan bermula dari pukul 10.00 malam sehingga 3.00 pagi.

“Dari pukul 6.00 petang pada 27 April 2024, perkhidmatan BRT Laluan Sunway akan beroperasi di atas jalan raya secara percuma dengan kekerapan setiap 30 minit,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, pengguna boleh mendapatkan perkhidmatan dengan menunggu di bawah setiap stesen BRT Laluan Sunway kecuali di stesen-stesen seperti USJ 7 di hentian bas SJ692 LRT USJ 7 (Di hadapan KK Mart).

Di South Quay di hentian bas SJ67 Mydin USJ, Mentari Hentian Bas PJ 179 Sunway Mentari (Barat), dan Sunway Setia Jaya Hentian Bas Setia Jaya (Bertentangan Stesen KTM Setia Jaya).

Katanya perkhidmatan BRT Laluan Sunway akan kembali beroperasi seperti biasa bermula jam 6.00 pagi, Ahad minggu hadapan.

Para pengguna boleh memuat turun aplikasi PULSE di Google Play dan App Store bagi merancang perjalanan, selain aplikasi Google Maps untuk mengetahui lokasi bas serta layari laman web rasmi Rapid KL di https://myrapid.com.my untuk maklumat terkini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×