KIRA-KIRA 700 waris Allahyarham Benawi Sakarta menghadiri majlis perjumpaan keluarga sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Pontian, Johor, baru-baru ini.
Benawi Sakarta merupakan individu yang bertanggungjawab meneroka Kampung Parit Panjang di Pontian pada 1928 bersama-sama 15 saudara-mara dan rakan-rakannya berketurunan Jawa dari Indonesia.
Allahyarham Benawi juga merupakan ketua kampung pertama dari 1928 hingga 1943 yang kemudian digantikan oleh anaknya, Karso (1944-1958) dan Sukarman (1959-1983).
Majlis edisi ketujuh tersebut dimulakan dengan bacaan tahlil serta dimeriahkan dengan pelbagai acara termasuk cabutan bertuah. – UTUSAN










