PETALING JAYA: Pengarah sebuah syarikat kayu balak mengakui bagasi berisi RM500,000 yang ditemukan oleh seorang pengawal keselamatan di parkir kereta sebuah pusat beli-belah di Damansara pada 19 Mac lalu adalah miliknya. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, lelaki berkenaan tampil memberikan keterangan sekitar pukul 5 petang di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, semalam. Katanya, menurut lelaki itu, wang RM500,000 itu adalah wang yang dipinjam daripada rakan bagi…










