Pas jangan sekadar ambil tindakan disiplin terhadap ahli biasa sahaja

Pas jangan sekadar ambil tindakan disiplin terhadap ahli biasa sahaja

DANIAL AL RASHID HARON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pas diingatkan supaya mengamalkan sikap antara dua darjat dalam mengambil tindakan disiplin ke atas mana-mana ahlinya, sama ada ahli biasa atau yang mempunyai jawatan.

Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Nasional, Danial Al Rashid Haron berkata, perkara tersebut perlu dilakukan supaya ia menjadi pengajaran kepada semua ahli parti supaya tidak mengulangi kesilapan sama pada masa akan datang.

“Pemuda Pas harus berani untuk menegur kesilapan dan kecuaian pimpinan mereka agar tidak berulang berlakunya kejadian seperti ini.

“Jangan hanya berani menyeru tindakan kepada ahli biasa, tetapi menutup mata terhadap kebiadaban pimpinan parti,” katanya dalam satu kenyataan, pada hari ini.

Sebelum ini, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam satu hantaran di akaun Facebook miliknya memberi peringatan kepada mereka yang terlibat dalam perundangan termasuk raja-raja Melayu supaya merombak semula ‘ikatan’ yang dibuat oleh penjajah negara ini.

Kenyataan tersebut menyebabkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berdukacita lantas mengutuskan sepucuk surat kepada Pesuruhjaya Pas Selangor, Ab Halim Tamuri bagi menyatakan perasaan baginda.

Sementara itu, Danial memuji Pemuda Pas Selangor yang berani mengeluarkan kenyataan supaya tindakan tatatertib dikenakan terhadap seorang ahli parti, Hezry Yasin susulan kenyataannya, beberapa hari lalu.

Tindakan tersebut harus dibuat bagi memastikan parti itu terus mendapat kepercayaan daripada penyokong dan rakyat Malaysia.

Hezry dalam satu hantaran di sebuah platform media sosial mengaku tidak menadah tangan ketika doa dibacakan untuk sultan dan Yang di-Pertuan Agong ketika solat Jumaat.

Susulan itu, Pemuda UMMO Johor mengarahkan 26 bahagian sayapnya membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN