OIC berharap derita umat Islam di zon konflik berakhir

OIC berharap derita umat Islam di zon konflik berakhir

SEBUAH lori membawa sejumlah jenazah rakyat Palestin yang syahid akibat terkena bedilan tentera Israel di Deir al-Balah, Semenanjung Gaza. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengimbau mengenai penderitaan umat Islam di zon konflik di seluruh dunia khususnya rakyat Palestin di Gaza, yang berdepan pencerobohan kejam rejim Israel.

Setiausaha Agungnya, Hissein Brahim Taha dalam perutusannya sempena Aidilfitri berkata, hatinya tersentuh dengan rakyat Palestin yang menderita di bawah pencerobohan kejam Israel yang tidak memberi ruang kepada rakyat untuk bersembahyang, apatah lagi berpuasa di bulan Ramadan dengan aman.

“Pasukan tentera sebaliknya memperhebat pembunuhan dan pemusnahan ke atas penduduk Palestin menyebabkan jutaan penduduk  di wilayah terbabit kelaparan.

“Saya berdoa kepada Allah SWT untuk menghapus kesedihan ini, menamatkan krisis dan pencerobohan serta melindungi Masjidil Aqsa yang diberkati,” kata beliau dalam kenyataan  dimuat naik di laman sesawang OIC.

Dalam pada itu, Hissein mengulangi solidaritinya dengan pelarian Rohingya serta umat Islam lain di pelbagai bahagian dunia, termasuk wilayah Sahel dan Lembah Chad serta umat Islam Jammu dan Kashmir dan kawasan krisis lain di seluruh dunia yang sambutan Aidilfitri mereka terjejas disebabkan keadaan yang sukar.

Beliau juga berharap supaya peperangan akan berakhir di Sudan.

Selain itu, beliau juga menyeru untuk menamatkan semua kebencian, keganasan dan ekstremisme.

“Saya berharap kesempatan ini akan menjadi peluang untuk penilaian semula diri dan kesinambungan tindakan kolektif yang serius untuk mengatasi cabaran yang dihadapi oleh seluruh umat Islam,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN