Nahas New Zealand: Hanya seorang pelajar masih dirawat hospital

Nahas di New Zealand: Hanya seorang pelajar masih dirawat hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hanya seorang pelajar Malaysia yang masih menerima rawatan di Hospital Christchurch, New Zealand akibat kemalangan membabitkan lima pelajar negara ini di Lake Tekapo, New Zealand pada 30 Mac lepas.

Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam kenyataan pada Rabu berkata, dua lagi pelajar yang cedera dibenarkan keluar dari hospital.

Daripada dua pelajar yang meninggal dunia pula, jenazah seorang daripada pelajar itu selamat dikebumikan di Christchurch, New Zealand manakala jenazah seorang lagi pelajar dibawa pulang dan selamat dikebumikan di negara ini.

Justeru menurut Wisma Putra segala urusan kebajikan pelajar terlibat telah selesai.

Kementerian itu merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat termasuk kerajaan New Zealand, Hospital Timaru, Hospital Christchurch, Universiti Canterbury, masyarakat Malaysia di Christchurch dan pihak lain yang terlibat.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN