MINDEF pantau perkembangan konflik Iran-Israel

MINDEF pantau perkembangan konflik Iran-Israel

ADLY Zahari (kanan) diiringi ADUN Kota Lama, Dr. Hafidzah Mustakim (dua dari kanan) menyampaikan duit raya pada Program Jiwa Komuniti Madani dan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri @ Kota Lama di Dataran Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan hari ini. UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) sentiasa melakukan pemantauan berkait perkembangan terkini situasi susulan konflik Iran-Israel ketika ini.

Timbalan Menterinya Adly Zahari berkata, langkah itu menerusi berbincang dengan Kementerian Luar dan Wisma Putra bagi mendapatkan maklumat keadaan rakyat Malaysia terutama pelajar yang sedang menuntut di Asia Barag=

Menurutnya, MINDEF sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan jika ada keperluan serta permohonan daripada Wisma Putra.

“Buat masa ini kita belum lagi menerima sebarang permohonan daripada Wisma Putra tetapi dalam masa yang sama kita akan terus berkomunikasi dengan Kementerian Luar.

“Kebiasaan urusan membawa keluar pelajar dari kawasan bergolak akan melibatkan Kementerian Luar dan Kementerian Pendidikan,” katanya kepada pemberita selepas Program Jiwa Komuniti Madani dan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri @ Kota Lama di sini hari ini.

Ahli Parlimen Alor Gajah memberitahu, pihaknya dan semua kementerian serta agensi kerajaan sentiasa mendukung pendirian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pergolakan yang berlaku di Asia Barat pada ketika ini.

“Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan tegas Malaysia terutamanya mengenai apa yang berlaku di Palestin dan tindakan terkutuk Israel. 

“Kita sentiasa mendukung pendirian tersebut,” ujarnya.

Media sebelum ini melaporkan, Iran melancarkan lebih 200 dron, peluru berpandu jelajah dan peluru berpandu balistik terhadap Israel, kira-kira pukul 3 pagi tadi (waktu tempatan).

Bagaimanapun, sistem pertahanan Israel dan sekutunya di rantau itu berjaya memintas ‘sebahagian besar’ peluru berpandu dan dron serta ditembak jatuh di luar wilayah Israel.

Serangan balas dendam itu dilancarkan susulan Israel menyerang konsulatnya di Damsyik sehingga mengorbankan tujuh pegawai tertinggi tentera, 1 April lalu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×