MELAKA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan sejumlah 14,683 notis atas pelbagai kesalahan dalam Op Khas Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2024 sejak 1 April hingga semalam. Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Datuk Lokman Jamaan berkata, daripada jumlah itu sebanyak 7,785 notis dikeluarkan terhadap motosikal kerana gagal mematuhi peraturan dan undang-undang ditetapkan. Kata beliau, kesalahan paling banyak dikesan pada motosikal membabitkan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan tiada insurans iaitu 3,283 kes manakala tiada lesen 2,681 kes. “Dalam tempoh dua hari ini juga JPJ telah memeriksa 59,771 kenderaan termasuk 25,841 motosikal pada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya