KUANTAN: MCA dan MIC diharap mempertimbangkan semula keengganan parti komponen Barisan Nasional (BN) itu membantu kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, ia perlu dilakukan agar kemenangan PRK pada 11 Mei ini terus kekal milik kerajaan Perpaduan yang menjadi teras kepada kestabilan dan kemakmuran negara. “Saya mengambil maklum tentang keengganan MCA dan MIC untuk turun…