BENTONG: Mayat belum dikenal pasti identitinya ditemukan orang awam di lereng bukit berdekatan kilometer 15.1 jalan menghala turun dari pusat peranginan Genting Highlands di sini, semalam. Ketua Polis Bentong, Superintenden Zaiham Mohd. Kahar berkata, polis menerima panggilan orang awam pada pukul 3.40 petang semalam memaklumkan penemuan mayat tersebut. “Sepasukan pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini bersama Unit Forensik Kontinjen Pahang hadir ke lokasi untuk membuat pemeriksaan.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya