JOHOR BAHRU: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) negeri ini merampas sebuah lori yang membawa muatan tin sardin seberat 16 tan bernilai RM83,879.84. Pengarahnya, Edie Putra Md. Yusof berkata, produk yang diimport masuk dari Singapura itu ditahan di pintu masuk Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini Rabu lalu kerana tidak mempunyai permit import. “Kesemua 16 tan sardin dalam tin itu telah ditahan bagi membantu siasatan lanjut yang dijalankan mengikut…