Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri STB meriah, pelbagai juadah makanan - Utusan Malaysia

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri STB meriah, pelbagai juadah makanan

MAJLIS Sambutan Raya Aidilfitri STB berlangsung meriah di STB, Arau, Perlis hari ini.-UTUSAN/MOHD HAFIZ ABD. MUTALIB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Sekolah Tengku Budriah (STB) di sini berlangsung cukup meriah dengan murid-murid juga segak dengan pakaian raya masing-masing.

Majlis sambutan hari raya berkenaan juga dimeriahkan dengan kehadiran ibu bapa.

Majlis yang bermula pada pukul 8.30 pagi sehingga 12 tengah hari itu menyediakan kira-kira 15 menu makanan dan minuman seperti nasi lemak, ayam goreng, kuih raya, ais krim, sate, laksa dan pelbagai lagi juadah lain.

NOR Zaiton Ibrahim (dua dari kiri) dan Saifol Zairy Abd. Rahim (kanan) melayan tetamu pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri STB di Arau, Perlis hari ini.–UTUSAN

Juadah makanan membabitkan 15 gerai tersebut hasil inisiatif guru-guru dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan.

Majlis berkenaan juga dimeriahkan dengan aktiviti persembahan dan pertandingan busana raya.

Hadir pada majlis itu, Guru Besar STB, Nor Zaiton Ibrahim dan Yang Dipertua PIBG, Saifol Zairy Abd. Rahim serta barisan ahli jawatankuasa PIBG sekolah berkenaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya