Lepasan STPM, STAM ditawar sertai latihan  pra perkhidmatan guru

Lepasan STPM, STAM, matrikulasi ditawar sertai latihan  pra perkhidmatan guru

Kementerian Pendidikan Malaysia membuka tawaran pengambilan untuk menyertai latihan pra perkhidmatan guru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperluas pengambilan calon guru tajaan KPM bagi mengikuti latihan pra perkhidmatan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).

Inisiatif itu terbuka kepada lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Program Matrikulasi.

Inisiatif tersebut bagi membuka peluang kepada lebih ramai calon yang berminat menjadi guru untuk memohon  kemasukan ke program PISMP.

“Calon yang terpilih akan dilatih di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dalam pelbagai bidang pengkhususan untuk tempoh kursus selama empat tahun.” katanya dalam satu kenyataan.

Langkah ini juga dilihat sebagai komitmen berterusan pihak kementerian dalam menangani isu kekurangan guru selain memastikan kualiti calon guru terbaik yang dapat menyumbang kepada agenda reformasi pendidikan negara. 

Bagaimanapun, kenyataan itu tidak memberi maklumat lanjut mengenai cara permohonan dan tempoh permohonan dibuka. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN