Lauk ayam goreng punca 75 pelajar sekolah keracunan makanan

Lauk ayam goreng punca 75 pelajar sekolah keracunan makanan

LAUK ayam goreng yang dihidang bersama nasi bungkus menjadi punca seramai 75 pelajar di sebuah sekolah menengah di Kelantan mengalami keracunan makanan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Lauk ayam goreng yang dihidang bersama nasi bungkus menjadi punca seramai 75 pelajar di sebuah sekolah menengah di sini mengalami keracunan makanan pada Sabtu lalu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan (JKNK), Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, kesemua mangsa bagaimanapun sudah menerima rawatan dan tiada mangsa yang dimasukkan ke wad.

Menurutnya, mangsa yang mengalami keracunan makanan itu berusia dalam lingkungan 13 hingga 17 tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kes pertama dikesan pada Sabtu lalu dan kes terakhir adalah semalam. Kejadian itu dipercayai berpunca daripada menu ayam.

“Seramai 70 pelajar mengalami gejala ringan manakala lima orang lagi menerima rawatan sebagai pesakit luar dan sudah dibenarkan pulang,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Ijtimak Madani Ulama dan Umara 2024 di Dewan Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan, Pengkalan Chepa, di sini hari ini.

Media semalam melaporkan,kira-kira 20 pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di Kota Bharu menerima rawatan selepas disyaki terkena keracunan makanan.

Pelajar berkenaan dipercayai makan nasi ayam goreng dan kuah kari.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×