Ketua Menteri harus terbuka terima teguran, kritikan-UMNO Sabah - Utusan Malaysia

Ketua Menteri harus terbuka terima teguran, kritikan-UMNO Sabah

SUHAIMI NASIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANDAKAN: Isu-isu rakyat yang dibangkitkan oleh UMNO Sabah seharusnya diberi perhatian serius oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan bukannya cuba melarikan diri daripada realiti yang dihadapi rakyat di negeri ini.

Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir berkata, Hajiji seharusnya mengamalkan sikap terbuka dalam menerima teguran dan kritikan daripada mana-mana pihak bagi memastikan sistem penyampian kerajaan terus dipertingkatkan.

Beliau berkata, pemimpin yang baik dan kekal dihormati adalah mereka yang sentiasa menerima teguran dan kritikan daripada mana-mana pihak dengan memberi keutamaan kepada kepentingan rakyat.
“Jangan asyik dibuai dengan mimpi-mimpi indah sebagai Ketua Menteri sebaliknya turun, lihat dan rasai sendiri masalah yang dihadapi rakyat seperti masalah bekalan air bersih, elektrik dan jalan raya yang tidak diselenggera dengan baik.

“Contohnya, tujuh kampung di kawasan Rancangan Sungai Manila, mereka mengalami gangguan bekalan air sepanjang tempoh setahun. Rakyat di kawasan itu amat sengsara dan menderita akibat tidak menerima bekalan air bersih sedangkan sebelum ini, tidak berlaku masalah sebegitu,” katanya.

Suhaimi yang juga Ahli Parlimen Libaran berkata, masalah air yang dihadapi telah disuarakan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) namun, masalah itu masih belum diselesaikan oleh kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Kata beliau, teguran yang dibuat oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin adalah mengenai reality hidup yang dihadapi rakyat. Namun, teguran itu disifatkan sebagai ketinggalan zaman dan hanya berkhayal ketika mengkritik kerajaan negeri.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd. Ali supaya tidak menyerang Bung Moktar. Selaku Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Moktar adalah pemimpin yang menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri.

“Lebih baik Datuk Armizan fokus kepada mencari jalan menyelesaikan isu kenaikaan harga barang untuk mengurangkan beban ditanggung rakyat hari ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya