Kemelut HYBE, Min Hee-Jin makin panas - Utusan Malaysia

Kemelut HYBE, Min Hee-Jin makin panas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Kemelut antara Ketua Pegawai Eksekutif syarikat label Ador, Min Hee-jin dengan syarikat gergasi, HYBE semakin panas di Korea Selatan selepas sidang media khas diadakan semalam.

Dalam sidang media itu, Min menjawab semua tuduhan yang dilontarkan Ketua Pegawai Eksekutif, Bang Si-hyuk terhadapnya termasuklah dakwaan memanipulasikan fakta dan cuba membawa Ador selaku anak syarikat keluar daripada naungan HYBE.

“Saya tidak pernah cuba ambil alih pengurusan Ador. Sebagai pekerja, memang kadangkala saya ada tidak puas hati tentang pekerjaan dan majikan.

“Bukan saya yang meninggalkan HYBE, tapi mereka yang mengkhianati saya. Mereka menggunakan saya dan sekarang ingin menjatuhkan saya kerana saya tidak bersetuju dengan matlamat mereka.

“Tidak ada seorang pun yang pernah mencipta kejayaan seperti saya dalam 30 tahun industri K-pop ini,” kata Min yang juga merupakan Ketua Pegawai Penjenamaan, Ador

Selepas keluar daripada salah satu agensi bakat berpengaruh Korea Selatan, SM Entertainment, Min bekerja di bawah Big Hit Entertainment sebagai Pengarah Kreatif yang bertanggungjawab melakukan penjenamaan semula syarikat HYBE.

“Saya tidak tahu dari mana datangnya tuduhan cuba merampas kuasa sedangkan HYBE memiliki 80 peratus saham dalam syarikat ini,” katanya yang mendedahkan sangat rapat dengan artis di bawah kendaliannya seperti New Jeans.

Selepas sidang media itu, HYBE kemudian memberi respons dalam kenyataan menafikan segala dakwaan Min terhadap mereka.

“Dia memutarbelitkan fakta dan memberikan intepretasi yang menyimpang kepada masyarakat umum.

“Kami dengan hormatnya meminta Min agar berhenti berbohong kononnya tidak mendapat sebarang ruang untuk berbincang atau tidak mendapat sebaran emel agar memulangkan kembali semua aset milik HYBE.

“Kami meminta Min letak jawatan kerana dia telah membuktikan dirinya tidak layak memimpin Ador dan tolong berhenti menyebut nama para artis,” tulis kenyataan yang dikeluarkan HYBE.

Terdahulu, industri muzik Korea Selatan menjadi kecoh apabila Min didakwa cuba membawa keluar Ador daripada syarikat naungannya, HYBE.

Dakwaan itu timbul selepas HYBE dikatakan melakukan sebuah sesi audit terhadap Ador

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya