Kelantan kesan penganjur libatkan artis wanita semasa persembahan

Kelantan kesan penganjur libatkan artis wanita semasa persembahan

HILMI Abdullah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan sedang mengesan penganjur program majlis hari raya melibatkan persembahan artis wanita menyanyi di pentas yang menyalahi peraturan di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Hilmi Abdullah berkata, sebaik sahaja menerima maklumat tersebut pihaknya terus menjalankan siasatan ke atas individu di belakang tabir.

Menurutnya, majlis tersebut berlaku semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri keempat.

“Semasa persembahan itu, semua agensi penguatkuasaan dan pihak berkuasa lain sedang cuti.

“Kita tahu pun sudah lewat setelah program itu tular di media sosial. Sebaik sahaja dapat makluman terus jalankan siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Hilmi memberitahu, pada masa sama syarikat penganjur yang terlibat akan disenarai hitam.

Katanya, penganjur juga boleh dikenakan saman atas kesalahan penganjuran hiburan tanpa lesen dan permit dan boleh didenda sehingga RM20,000 dan penjara selama lima tahun.

“Pihak Berkuasa Temparan (PBT) ada kuasa atas ketiadaan permit dan lesen hiburan, manakala di pihak penyanyi pula, kita minta kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) untuk ambil tindakan,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Hilmi berkata, Kerajaan Kelantan akan membentangkan enakmen kawalan hiburan baharu pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak lama lagi.

Katanya, langkah itu bertujuan memperkasakan pematuhan kepada Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan di Kelantan 1998.

Ujarnya, draf untuk menggubal enakmen itu sedang dilakukan sebelum dibentangkan di DUN Kelantan.

“Enakmen sedia ada ini sudah lama dikuatkuasakan sejak diwartakan pada tahun 1998, dah hampir 30 tahun tanpa pindaan. Kadar denda juga akan dinaikkan begitu juga penjara.

“Banyak klausa baharu perlu dimasukkan untuk disesuaikan dengan suasana semasa terutama berkait tafsiran kepada hiburan dan aktiviti jualan tiket, tontonan serta promosi hiburan secara atas talian,” katanya.

Terdahulu tular video yang dimuat naik menerusi aplikasi TikTok memaparkan persembahan penyanyi wanita dan lelaki yang membuat persembahan di tempat terbuka sekali gus melanggar Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan di Kelantan 1998.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya