Kelantan Darul Naim FC pilih jurulatih Korea

Kelantan Darul Naim FC pilih jurulatih Korea

PARK Jaehong (kanan) diumumkan sebagai pengendali baharu Kelantan Darul Naim FC bagi mengharungi saingan Liga Super musim ini semasa Majlis Pelancaran Jersi dan Pengenalan Pasukan KDN FC di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) mengumumkan bekas pemain kebangsaan Korea Selatan, Park Jaehong sebagai pengendali pasukan itu bagi mengharungi saingan Liga Super musim ini.

Presidennya Rozi Muhamad berkata, pemilihan Jaehong itu berpandukan kepada rekod yang dimiliki oleh bekas pemain Korea Selatan itu sepanjang mengendalikan beberapa pasukan sebelum ini.

“Kita mempunyai harapan tinggi terhadap ketua jurulatih baharu ini untuk memastikan KDN FC berada pada kedudukan lebih baik pada tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Jersi dan Pengenalan Pasukan KDN FC di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini hari ini

Mengulas lanjut, Rozi memberitahu, Jaehong sebenarnya sudah lama menerima lamaran daripada kelab berpangkalan di Kota Bharu itu namun namanya tidak diuar-uarkan atas beberapa sebab tertentu.

“Sebenarnya beliau (Jaehong) telah menerima tawaran daripads KDN FC sejak Februari lalu namun berdepan sedikit kekangan untuk tiba lebih awal ke Kelantan. Sebenarnya beliau mahu tiba ke sini sejak sebelum Syawal lagi.

“Bagaimanapun kami putuskan untuk melanjutkan tempoh berkenaan untuk beliau tiba di Kota Bharu tiga hari lalu dan diumumkan secara rasmi pada hari ini,” ujarnya.

Sementara itu, penolong jurulatih Rezal Zambery Yahya berkata, dia dan rakan-rakan sepasukan tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan Jaehong kerana komunikasi antara mereka telah terbina sejak awal tahun ini.

“Sejak dari awal perancangan pasukan kita sentiasa merujuk dengan ketua jurulatih termasuk dalam pemilihan pemain. Beliau akan meneliti semua perancangan dan kami di sini akan melaksanakan apa yang telah dirancang oleh beliau.

“Selepas perlawanan persabatan dengan Patani FC pada Rabu lalu kita ada beberapa siri perlawanan lagi dan dengan keberadaan beliau di sini lebih senang untuk kita memantau situasi pemain,” ujarnya.

Jaehong yang kini berusia 46 tahun dan memiliki lesen kejurulatihan PRO AFC pernah mengendalikan pasukan A dan B Bucheon FC dan Yangju Citizen sebelum menerima lamaran KDN FC.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya