JOHOR BAHRU: Kasut tumit tinggi yang didakwa mempunyai kalimah Allah yang dijual sebuah kedai di bandar raya ini telah dirampas pihak berkuasa. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, operasi pemantauan dan semakan telah dijalankan pihaknya hari ini. Katanya, operasi itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota daripada Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) dengan kerjasama polis, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan…










