TEMERLOH: Kerajaan disaran segera mengkaji kaedah pembayaran tol membabitkan lebuh raya di negara ini yang dianggap sudah ketinggalan zaman dan menjadi penyumbang kesesakan jalan raya melampau terutama pada waktu puncak seperti musim perayaan. Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, tol berpalang yang masih digunakan sehingga kini dianggap sistem zaman kuno dan hanya diguna pakai oleh negara dunia ketiga. Jadi beliau berkata, sampai masanya Malaysia mengubah…