Israel serang Iran dengan tiga dron pemusnah

Israel serang Iran dengan tiga dron pemusnah

PASUKAN keselamatan Iran dilihat berkawal di sebuah kawasan, susulan serangan Israel ke atas negara berkenaan, semalam. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Israel menye­rang Iran dengan tiga dron, beb­erapa hari selepas Iran me­lancarkan serangan membalas dendam terhadap Israel.

Bagaimanapun, ketiga-tiga dron itu berjaya dimusnahkan pihak Iran.

Iran dilaporkan mengaktifkan sistem pertahanan udaranya ke atas beberapa bandar selepas letupan kedengaran berhampiran bandar Isfahan.

“Pertahanan udara Iran diaktifkan di langit beberapa wilayah di negara itu,” kata agensi berita rasmi kerajaan, IRNA.

Agensi berita Fars Iran melaporkan bahawa tiga letupan kedengaran berhampiran pangkalan tentera di tengah bandar Isfahan.

Malah, seorang pegawai Iran memberitahu Reuters bahawa tiada serangan peluru berpandu dan letupan mengenai sasaran hasil daripada pengaktifan sistem pertaha­nan udara Iran.

Sementara itu, lapor media Amerika Syarikat (AS), negara kuasa dunia itu menafikan terlibat dalam serangan berkenaan, dan dikatakan sudah dimaklumkan Israel sebelum ia berlaku.

Sebelum ini, saluran berita AS, ABC News melaporkan peluru berpandu Israel mengenai sasaran di Iran.

Televisyen kerajaan Iran berkata, sejurus selepas tengah malam, tiga dron diperhatikan di langit Isfahan dan sistem pertahanan Iran menjadi aktif dan memusnahkan dron itu di udara.

Stesen penyiar itu kemudian berkata, keadaan di Isfahan adalah normal dan tiada letupan berlaku di daratan.

Bagaimanapun, tentera Israel tidak mempunyai sebarang komen mengenai laporan media itu.

Israel berkata, ia akan bertindak balas terhadap serangan Iran pada hujung minggu lalu yang melibatkan ratusan dron dan peluru berpandu terhadap mereka.

Kebanyakan dron dan peluru berpandu Iran ditembak sebelum sampai ke wilayah Israel.

Penganalisis dan pemerhati menimbulkan kebimbangan mengenai risiko perang Israel-Gaza yang semakin merebak ke seluruh wilayah itu.

Bagaimanapun, Pensyarah Sains Politik di Universiti Melbourne, Dr. Simon Frankel Pratt berkata, keganasan dan serangan ketenteraan digunakan dan pihaknya sedang memerhatikannya.

Presiden Iran, Ebrahim Raisi memberi amaran kepada Israel sebelum serangan semalam bahawa Tehran akan memberikan tindak balas yang teruk terhadap sebarang serangan ke atas wilayahnya.

Iran memberitahu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) semalam bahawa Israel mesti dipaksa menghentikan sebarang tindakan ketenteraan selanjutnya terhadap kepentingan mereka.

Hal ini kerana, Setiausaha agung PBB, Antonio Guterres memberi amaran bahawa Asia Barat berada dalam keadaan bahaya maksimum.

Iran menutup lapangan terbangnya di Tehran, Shiraz dan Isfahan selepas serangan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN