PETALING JAYA: Seorang lelaki warganegara Amerika Syarikat (AS) mengaku tidak bersalah selepas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang lelaki tempatan dalam insiden `terlanggar bahu’, bulan lalu. Thomas Joseph, 30, meminta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Dr. Syahliza Warnoh. Mengikut pertuduhan, Thomas yang merupakan juruteknik didakwa menyebabkan kematian K. Chandra Bose, 58, dengan niat hendak menyebabkan kecederaan tubuh badan yang mungkin…