SEREMBAN: Golongan masyarakat termasuk mangsa kes dera perlu melaporkan kes penderaan dan pengabaian terhadap kanak-kanak yang diketahui dan menimpa mereka menerusi Talian Kasih 15999 dan bukannya menjadikan ia sebagai ‘content’ di media sosial. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, masyarakat perlu menggunakan perkhidmatan yang disediakan itu termasuk menerusi nombor WhatsApp 019-2615999 supaya siasatan terus dan segera dapat dilakukan. “Adalah penting untuk kita tahu apa tindakan…