HOM pertama kali diguna untuk pertunjukan

HOM pertama kali diguna untuk pertunjukan

TANGKAP layar dua helikopter TLDM bertembung di udara ketika melakukan penerbangan latihan di Pangkalan TLDM Lumut, Perak. - UTUSAN/MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Helikopter operasi Ma­ritim (HOM) jenis AW139 yang terlibat dalam nahas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), pertama kali digunakan untuk acara lintas hormat pasukan itu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin, berkata, helikopter yang berpangkalan di Kota Kinabalu, Sabah, itu mula digunakan pasukan TLDM sejak 2021.

Menurutnya, helikopter tersebut diterbangkan khas dari Kota Kinabalu untuk menyertai raptai lintas hormat sempena sambutan Ulang tahun Ke-90 TLDM yang akan diadakan di sini.

Jelasnya, sebuah lagi helikopter yang terlibat dalam nahas tersebut iaitu Fennec M502-6 dari sini, beroperasi sejak 2003 dan sudah tiga kali menyertai acara lintas hormat sempena hari ulang tahun TLDM.

“Ketika kejadian, helikopter HOM dinaiki tujuh pegawai dan anggota manakala Fennec dinaiki tiga pegawai dan anggota,” katanya dalam sidang akhbar di Stadium TLDM Lumut semalam.

Hadir sama, Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Mohamad Ab. Rahman dan Timbalan Panglima TLDM, Laksamana Madya Datuk Zulhelmy Ithnain.

Menurut Mohamed Khaled, ketika kejadian sebanyak tujuh helikopter terlibat dalam raptai iaitu melibatkan empat helikopter Fennec, dua HOM dan sebuah Super Lynx, sejak empat hari lalu.

Jelasnya, helikopter HOM terhempas di kawasan Stadium Lumut manakala helikopter Fennec terhempas di kawasan kolam renang yang terletak bersebelahan stadium tersebut.

Jelas beliau, semua mangsa yang terbunuh berusia dalam lingkungan 26 hingga 41 tahun.
Menurutnya, lembaga siasatan kejadian itu yang ditubuhkan TLDM dibantu TUDM dan pasukan Ketua Pengarah Teknikal Kelayakan Udara (DGTA) untuk menyiasat nahas tersebut.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN