Hafizul didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu esok

Hafizul didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu esok

HAFIZUL Hawari (kiri) akan didakwa di Mahkamah Sesyen, Kota Bharu, Kelantan-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Suspek yang disyaki melepaskan tembakan ke arah isterinya di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, esok.

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Polis negeri Datuk Muhamad Zaki Harun.

Katanya, selepas itu suspek akan dibawa ke Mahkamah Sepang, Selangor untuk pertuduhan lain. 

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, tempoh taha­nan reman terhadap suspek kes tembak di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang disambung lima hari lagi.

Perintah sambung reman itu dikeluarkan Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri bermula semalam sehingga Sabtu.

Proses tersebut bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Sebelum ini melaporkan, Hafizul ditahan polis di hadapan sebuah hospital swasta di sini.

Semasa ditahan, polis menjumpai dan merampas sepucuk pistol yang digunakan suspek semasa melepaskan tembakan di KLIA.

Terdahulu, dalam kejadian pada pukul 1.20 pagi pada 14 April lalu di KLIA 1, Hafizul melepaskan dua das tembakan dari jarak dekat sekitar dua hingga tiga meter ke arah sasaran iaitu isterinya yang juga seorang ustazah.

Insiden tembakan itu menyebabkan orang ramai termasuk penumpang dan kakitangan di Terminal 1, KLIA cemas dan bertempiaran lari.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×