PASIR PUTEH: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan mengambil masa selama dua jam sebelum berjaya menahan 40 nelayan Vietnam yang menaiki tiga buat bot selepas menceroboh dan mencuri hasil laut negara pada Selasa lalu. Kesemua nelayan itu ditahan pada jarak 229.6 kilometer (km) dan 250 km dari Kuala Tok Bali menerusi Ops Pagar Laut Fasal 4. Pengarahnya Kepten Maritim Erwan Shah Soahdi berkata, semasa melakukan rondaan rutin sekitar pukul…










