PUTRAJAYA: UMNO dan DAP diingatkan tidak terbawa-bawa ‘tradisi’ perseteruan antara kedua-dua parti itu ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berusaha gigih memulihkan ekonomi dan menangani kos sara hidup rakyat. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebarang perbezaan pendapat antara dua parti komponen Kerajaan Perpaduan itu perlu diselesaikan melalui rundingan dan perbincangan secara baik. Bagaimanapun, beliau berkata, perbezaan pandangan tidak menjadi masalah apatah lagi…










