KUALA LUMPUR : Seorang lelaki melanggar kenderaan sepasang kekasih di kawasan Brickfields di sini selepas berang dengan perbuatan mereka yang membuat bising dan bertengkar di dalam rumah. Dalam kejadian berlaku pukul 2.15 petang semalam, pengadu dan teman wanitanya telah bertengkar di dalam rumah dan menyebabkan bunyi bising. Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, suspek yang merupakan lelaki berusia 35 tahun yang juga rakan kepada penyewa…










