Benarkan pelarian bekerja rugikan agensi pekerjaan

Benarkan pelarian bekerja rugikan agensi pekerjaan

CADANGAN supaya pelarian dibenarkan bekerja perlu memgambil kira pelbagai perkara lain termasuk kesannya terhadap agensi pekerjaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Cadangan untuk membenarkan golongan pelarian bekerja di negara ini tidak adil bagi majikan ataupun agensi pekerja swasta, selain hanya akan memburukkan nama baik Malaysia sebagai tempat perlindungan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Pertubuhan Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia (Papsma), Kelvin Cheong Kook berkata, agensi pekerjaan akan mengalami kerugian kerana terpaksa membayar levi sedang­kan pelarian mungkin tidak dikenakan levi.

“Sudah tentu akan merugikan agensi pekerja swasta kerana perlu membayar wang cagaran sebanyak RM250,000 untuk lesen penempatan pekerjaan bagi pencari kerja di dalam dan di luar negara dan bukan pekerja bukan warganegara di dalam negara (APS-C).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain itu, akan ada isu majikan salah guna pekerja pelarian sebagai pekerja tetap tanpa sebarang polisi perlindungan insurans dan sistem kewangan perbankan,” katanya.

Menurutnya, pelarian yang datang ke negara ini boleh bekerja tetapi mesti dikenakan levi dan hanya bekerja sambilan tidak melebihi 20 jam seminggu.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan, pelarian di negara ini akan dibenarkan bekerja bagi mengisi kekosongan tenaga kerja dalam sektor tertentu, selepas kajian terperinci dilakukan.

Kementerian Dalam Negeri sedang bekerjasama dengan Suruhanjaya Tinggi Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Pelarian (UNHCR) bagi melaksanakan pengumpulan data, pemetaan lokasi dan pengesahan jumlah sebenar pelarian sebelum kebenaran kerja dapat dilaksanakan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini