Banjir kilat landa tiga negeri

Banjir kilat landa tiga negeri

PENDUDUK di Jalan Bahagia, Meru, Klang, terpaksa duduk di luar selepas rumah mereka dilanda banjir kilant susulan hujan lebat, sejak petang kelmarin. – UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hujan lebat yang melanda sejak petang kelmarin, mengakibatkan beberapa daerah di tiga negeri dilanda banjir kilat.

Di KLANG, hujan lebat yang melanda sebahagian besar Klang Utara khususnya di Meru menyebabkan kawasan tersebut ditenggelami air pada paras sekurang-kurangnya 0.6 meter.

Antara lokasi yang terjejas Jalan Teratai, Jalan kenangan, Jalan Cempaka, Jalan Haji Salleh, Taman Orkid, Persiaran Hamzah Alang, Jalan Kasban dan Jalan Abdul Manan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Semakan Utusan Malaysia di laman Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mendapati terdapat dua batang sungai di daerah ini diletakkan pada paras amaran dan bahaya pada pukul 7.15 pagi semalam.

Sungai terbabit adalah Sungai Rasau yang mencatatkan paras air 3.90 meter dan Sungai Binjai yang merentasi pekan Meru menunjukkan bacaan paras air 4.66 meter.

Maklumat Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sela­ngor melaporkan, beberapa kawasan lain di Sungai Buloh dan Pinggiran Subang, Shah Alam serta Bestari Jaya, Kuala Sela­ngor turut dilanda banjir.

Kawasan terjejas iaitu Kampung Melayu Subang, Kampung Kubu Gajah, Kampung Sri Aman dan Taman Saujana Aman yang menyebabkan 88 keluarga yang merangkumi lebih 400 mangsa dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS).

“Bomba membuka Pos Kawalan Hadapan (PKH) di PPS Sekolah Merbau Sempak, Sungai Buloh. Dua PPS di buka iaitu di lokasi berkenaan dan PPS Dewan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS), Desa Coalfields.

“Di Merbau Sempak, seba­nyak 77 keluarga ditempatkan di sana termasuk 161 kanak-kanak, warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan bayi. Sementara di Desa Coalfields, 11 keluar­ga ditempatkan di sana terma­suk 14 kanak-kanak dan warga emas,” katanya, semalam.

Di ALOR GAJAH, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Lt. Kol. (PA) Kamarulsyah Muslim berkata, setakat pukul 8 pagi semalam, seramai 51 individu daripada 13 keluarga sedang berlindung di PPS selepas kediaman mereka dinaiki air.

“PPS Balai Raya Bukit Balai dibuka pukul 9 malam semalam susulan banjir yang berlaku di kawasan penempatan penduduk. Setakat pukul 8 pagi tadi, seramai 51 mangsa berlin­dung di PPS ini,” katanya.

Di SEREMBAN, seramai 10 mangsa daripada empat buah keluarga ditempatkan di PPS Surau Kampung Nerambai sejak dibuka pada pukul 12.30 tengah hari semalam.

“Di PPS Balai Raya Permatang Pasir pula, seramai 60 mangsa dari lima buah keluarga mendapatkan perlindungan di situ,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini