KOTA KINABALU: Sepanjang 710 kilometer keadaan jalan di Sabah berada dalam keadaan teruk manakala, 126 kilometer lagi berada dalam keadaan kritikal. Justeru, ia memerlukan perbelanjaan sebanyak RM1.8 bilion bagi melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan bagi memperbaiki dan menyelenggara jalan tersebut. Timbalan Ketua Menteri, yang juga Menteri Kerja Raya, Datuk Shahelmey Yahya berkata, dengan caruman dan geran yang diperuntukkan daripada kerajaan Persekutuan dan negeri yang berjumlah RM1 bilion, kementerian berhadapan defisit dalam melaksanakan…










