SEREMBAN: Sebanyak tiga gunung, tiga bukit dan sebuah hutan simpan di negeri ini akan menjadi tumpuan para peminat sukan rekreasi bagi menyahut cabaran dalam program Negeri Sembilan Seven Wonders Challenge: Road To HSN 2024 selama tujuh bulan bermula 27 April ini. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan negeri, Mustapha Nagoor berkata, program berkonsep karnival sukan itu akan dilaksanakan di setiap daerah sepanjang tempoh itu dengan matlamat pembudayaan sukan untuk…










