PETALING JAYA: Kerajaan dicadang mewujudkan badan penguat kuasa antibuli di peringkat sekolah bagi memantau, melapor dan mengatasi jenayah itu dalam kalangan pelajar. Pakar Psikologi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr. Fauziah Hanim Abd. Jalal berkata, badan penguat kuasa itu berperanan memberi penekanan khusus terhadap isu buli yang berlaku di persekitaran sekolah. Katanya, badan itu secara tidak langsung menyediakan saluran khusus untuk melaporkan buli, menjalankan siasatan secara teliti, memberi bantuan kepada…










